BlogPingSite.com

Sunday, October 27, 2013

APA DAN SIAPA KITA HARI INI AKAN MENENTUKAN SIAPA KITA HARI ESOK

Alhamdulillah, selepas beberapa hari yang cukup panjang dan mencabar, segala perkara dapat diselesaikan dengan sempurna. Selepas mesin printing saya sampai, alhamdulillah terus dapat job, segala cabaran dan dugaan bagi menyiapkan tempahan dapat saya handle dan selesaikan. Mungkin berkat usaha, bantuan keluarga dan doa.

Perniagaan tidak mudah tetapi menyeronokkan dan penuh dengan kepuasan terutama apabila pelanggan kita berpuas hati dengan hasil kerja kita. Nak bagi pelanggan berpuas hati bukan senang. Alhamdulillah dengan support yang diberikan daripada keluarga banyak membantu untuk saya terus bersemangat dan berusaha bukan hanya demi untuk saya tetapi juga untuk keluarga tercinta. Saya percaya apabila kita lakukan sesuatu dengan ikhlas, bermatlamat dan doa, Insyallah Allah S.W.T akan sentiasa membantu kita selagi mana kita sebagai hambanya tidak melupakan Dia Yang Maha Kuasa.

Apa dan siapa kita hari ini akan menetukan siapa kita hari esok. Kata-kata ini saya lihat ada dalam nota adik bongsu saya yang sedang sibuk membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan terbesar iaitu SPM kurang dari 10hari lagi. Terdetik dihati saya yang mungki kata-kata ini adalah sebagai perangsang untuk dia terus berusaha agar dia menjadi sesuatu yang dia impikan dimasa hadapan dan saya percaya setiap individi yang berjaya ada pegangan kata-kata dalam hidup mereka untuk terus berjaya dan berjaya. 

"There are costs and risks to a program of action,  but they are far less than the long-range risks and costs of a comfortable inaction". John F Kennedy

Saya tertarik dengan kata-kata ini, maksud yang cukup mendalam dan saya bersetuju dengan kata-kata ini tentang tindakan. Apa tindakan yang kita lakukan sentiasa melibatkan risiko dan disebabkan itu saya berpegang perubahan itu datang dari diri kita sendiri. Tanpa sebarang tindakan untuk berubah yang kita ambil tidak akan membawa kita ke mana-mana. Percaya lah sesungguhnya hidup ini sudah pun dipenuhi dengan risiko dalam kita sedar atau pun tidak atau diri kita sendiri yang cuba menafikan hakikat tersebut. 

Akhir kalam, bertindak utuk merubah diri sendiri adalah lebih baik daripada terus mengharapkan orang disekeliling untuk berubah membantu anda. Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha. Percaya bahawa rezeki itu milik Allah S.W.T dan ada dimana, kita sebagai hambanya perlu terus berusaha, doa dan akhir sekali barulah bertawakal. 

Wassalam........................


Wednesday, October 23, 2013

RISIKO




Satu hari yang cukup panjang buat saya hari ini dan nak dijadikan story inilah pertama kali saya terpaksa menempuh kesesakan jalanraya di KL. Selama ini sempat lagi nak lari dari kesesakan dengan bergerak awal keluar dari KL tapi hari ini tidak terlepas dan terpaksa join beribu-ribu lagi kenderaan lain atas jalanraya. Bayangkan dari PWTC ke Tol Sungai Besi hampir dua(2) jam. Bagaimanapun, alhamdulillah semua stok barangan yang ditempah dah diambil, tinggal nak bagi kepada yang order je. Terlintas difikiran saya bagaimana penduduk KL boleh menempuh traffic macam ini hari-hari. Cukup la dua jam itu untuk saya, itu pun dah cukup stress dah rasanya. Masuk Tol Sungai Besi dalam 7.15 petang, dah terlepas solat asar, huhuhuhu, berdosa rasanya. Dalam keadaan macam itu pun sebenarnya ada terlintas rasa kagum juga dengan penduduk KL. Saya tengok pemandu-pemandu rileks je, ada yang siap boleh baca buku, tengok video dan yang paling dahsyat ada yang siap sempat buat kerja ofis lagi dalam kereta.

Sebenarnya apa yang saya nak share ini adalah bagaimana kita boleh memilih untuk mengaharungi kehidupan yang sama sepanjang hidup kita, sedangkan mungkin ada pilihan lain untuk kita mengelak daripada menghadapi situasi tadi. Kehidupan normal kita sebagai manusia juga sering menghadapi berbagai risiko seperti dikecewakan, dibuang kerja, ketiadaan duit, masalah untuk membeli rumah dengan harga pasaran sekarang yang diluar kawalan, material untuk memenuhi keperluan dan kehendak dan bermacam lagi. Apa yang membezakan kehidupan normal dan kehidupan luar biasa adalah risiko yang berani diambil. Maksud saya disini adalah keluar daripada kepompong risiko rutin kerana dengan hanya sedikit langkahan keluar itu mampu membawa perubahan yang besar dalam diri dan hidup. Itu yang membezakan seorang manusia biasa dan manusia yang berjaya atau jutawan. 

Tahun demi tahun nama yang tercatat didalam senarai JUTAWAN MALAYSIA bertambah dari tahun ke tahun dan kalau perkara untuk menjadi JUTAWAN itu susah, mustahil bilangan nya boleh bertambah. Saya ambil contoh Malaysia kerana itu yang dekat dihati, belum ambil bilangan secara global yang bilangan asetnya ada yang melebihi billion. Apa yang saya kongsikan ini adalah sebagai renungan yang mana ianya juga mengingatkan diri saya sendiri, Perubahan perlu bermula dari diri sendiri, tambahkan usaha, tekad dalam apa yang dilakukan, solat dan bertawakal. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah S.W.T dan sebaliknya datang dari kekhilafan diri saya sendiri.

Akhir kata, ambil peluang selagi kita masih diberi waktu untuk hidup, carilah kekayaan bukan hanya untuk dunia semata-mata tetapi akhirat juga.

Friday, October 18, 2013

Tips Jutawan

Dua (2) Tips Jutawan
Alhamdulillah, hari ini saya mendapat dua ilmu dari sebuah filem dan ianya mungkin berkat dari doa mohon petunjuk daripada Allah s.w.t. Pada dasarnya boleh dikatakan filem ini berunsur komedi dari negara Korea tetapi ada motif disebalik filem ini yang membuatkan saya tertarik sehingga membuatkan saya menonton sehingga akhir. Tips pertama adalah "Sesiapa yang lebih pantas, Dia yang akan menang" petikan dari filem A Wacky Switch. Pernyataan yang simple dan yang sering saya dengar, namun pernyataan tersebut juga yang sering saya abaikan. Saya suka pernyataan tersebut kerana ia membawa banyak maksud yang boleh dikaitkan dengan kehidupan kita. Saya sendiri sering mengejar untuk menjadi yang terpantas atau yang terbaik dalam apa-apa pun yang saya lakukan atau ceburi. Namun dalam saya tidak sedar saya telah mengabaikan satu lagi tips yang paling penting dan saya perolehi dalam filem ini iaitu idola atau mentor. Seorang yang ingin berjaya perlu ada mentor kerana melalui idola atau mentor kita akan memperolehi ilmu. Cari Kejayaan melalui Insan yang telah berjaya kerana anda akan mengadjust kegagalan. Kisah idola atau mentor boleh kita perolehi dari internet atau bahan bacaan. Apabila kita menyelami kisah jatuh dan bangun seseorang itu secara tidak langsung kita akan mengaktifkan naluri idola atau mentor tersebut.
Saya mengucapkan tanda syukur adalah kerana Allah s.w.t telah mebuka minda saya yang ego ini untuk menerima hakikat yang saya perlu kedua-dua ini untuk saya terus berusaha dan berjaya. Niat saya untuk berkongsi dan sesungguhnya yang baik itu dari Allah s.w.t dan sebaliknya dari kekurangan diri saya sendiri sebagai hamba yang serba kekurangan. Wassalam......................  

Thursday, October 17, 2013

Jutawan

Kehidupan boleh dikatakan sebagai satu buku cerita yang mungkin ada di antara anda kisahnya dibukukan dan mungkin juga tidak. Kehidupan juga melibatkan kita untuk sentiasa memilih, baik dari sebelum dilahirkan sehingga saat terakhir. Setiap pilihan yang kita buat pasti akan melibatkan risiko untuk kehidupan kita di masa hadapan. Kadang-kadang pasti kita terdetik untuk berfikir tentang kehidupan kita pada masa sekarang, samada kita telah mencapai apa yang kita pernah impikan ataupun tidak.
Berlari daripada masalah bukan satu pilihan yang baik malah anda akan terjebak dengan berbagai masalah lagi. Apa yang penting kita perlu berani menempuhi apa sahaja dugaan yang mendatang kerana dugaan akan mematangkan kita. Corak dan bentuklah masa hadapan anda daripada sekarang bagi memastikan setiap detik atau saat yang ada tidak kita sia-siakan. Tidak pernah ada perkataan terlewat selagi anda masih diberikan nafas untuk hidup di muka bumi ciptaan Allah s.w.t ini. Sharing ini hanya untuk mengingatkan diri saya sendiri sebagai manusia yang banyak kekurangan dan perlu terus berusaha, berusaha, berusaha untuk mencapai impian saya.Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan sebaliknya datang dari saya sendiri. Wassalam...............

Saturday, October 12, 2013

Assalamualaikum.......

Alhamdulillah Allah s.w.t masih memberi kesempatan untuk hambanya ini terus berjuang di muka bumi ciptaanya.

Isu topik dan hangat buat masa ini adalah isu hartanah, dimana harga hartanah seperti tidak terkawal. Tetapi it back to economic supply and demand. Saya tak nak sentuh tentang economic nanti macam pakar ekonomi pulak. hehehehehe. Saya hanya nak share pengalaman saya beli tanah lot untuk banglo saya. Insyallah diizinkan Allah s.w.t. Alhamdulillah saya dapat tanah yang boleh dikatakan murah dengan segala fasiliti dah lengkap baik dari segi jalanraya, elektrik, dan air. Apa yang saya maksudkan disini pemilihan untuk lot tanah paling penting bagi saya adalah kemudahan yang ada seperti jalanraya, supply elektrik dan air. Kalau belum ada dan kita jadi yang pertama mungkin kos terlibat agak tinggi. Kemudahan lain yang boleh dijadikan benchmark seperti masjid, sekolah dan mungkin pasaraya.
Perkara kedua yang ingin saya sentuh adalah berkaitan keluasan lot tanah. Saya nak highlightkan perkara ini bukan apa sebab saya boleh dikatakan dah terlepas pandang berkaitan saiz bukaan dan panjang tanah lot banglo saya ini. Saiz tanah saya adalah 50kaki X 100kaki. Untuk saiz tanah macam ini bukaan rumah hanya boleh 30kaki tapi panjang boleh sampai 60 ke 70 kaki, dah memanjang pulak jadinya. Bila kita sebut konsep rumah banglo, kebanyakkan pelan rumah yang menarik adalah 40 kaki dan keatas, jadi untuk bukaan tanah seelok-eloknya pilihlah yang 60 kaki dan keatas. Manakala panjang tanah untuk kepuasan adalah 80 ke 100 kaki.Insyallah saya akan share lagi serba sedikit tentang hartanah.
Jadi buat lah pilihan yang tepat.

Wassalam

Friday, October 11, 2013

Detik Pertama

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi dengan izin dan limpah kurniannya dapatlah saya menyiapkan blog dan post pertama saya pada hari ini. Saya amat mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan tuan-tuan, cik-cik, puan-puan terhadap blog saya untuk penambahbaikan di masa akan datang. Maklumlah orang baru nak belajar and masih dalam tempoh try and error. Insyallah saya akan cuba perbaiki apa kelemahan yang ada dan berharap kita akan dapat bersama-sama mengimarahkan blog ini.

Saya sudahi kata-kata aluan saya dengan wassalam.